Monday, April 29, 2013

aku adalah aku


assalamualaikum....hai. wa, tak lama lagi dah nak berhenti kerja. syoknye... sebenarnya aku dah bosan nak kerja. nak kena ngadap customer hari-hari pastu perangai entah pape. aku tak cakap semua customer macam tu, mana yang ok memang takde hal la. yang banyak cekadak tu memang la....sabar je hati ni. tipu la kalo aku cakap aku ni seorang juruwang yang berhemah, baik dan sbgnye. sampai ada satu tahap tu aku lawan gaduh dengan customer. sebab apa....sebabnye....bila dia tanya aku barang ni ada offer ke x, then bila scan barang tersebut takde offer, ekh dia cakap aku bohong dia. sampai la terkeluar satu ayat yang sangat buruk dari mulut customer tu sendiri. aku dalam hati "kenapa sampai nak cakap aku macam tu?". resit dah keluar baru dia perasan yang barang tu memang takde offer. kalo semua barang nak offer, sikit-sikit offer, aku nasihatkan tak payah beli. menyusahkan.

well, dah nak berhenti ni mesti ada surat resign kan?. sebenarnya banyak sebab kenapa aku resign tapi aku malas nak kecoh-kecoh. sebab yang aku bagi ialah "ingin membuat persiapan untuk menyambung pelajaran". nak tau tak sebab lain?. haha k....walaupun aku tau tak ramai yang baca blog aku ni, biarlah aku membebel. selain itu, sebab saya resign ialah gaji yang sedikit. aku tau, aku cuma budak part-time je, balik kol 6 petang. yang buat full-time gaji lebih kurang macam aku. aku ni sorang-sorang so memang cukuplah. yang ada keluarga tu, memang tak cukup. macam-macam nak kena bayar.

tambahan lagi, aku dah bosan orang asyik panggil aku gangster. kalo sorang, aku boleh tahan lagi, tapi kalo dah 2, 3, 4 orang panggil aku macam tu ingat boleh tahan ke? aku ada nama k. nak jugak panggil aku gangster. bila aku tanya kenapa panggil aku gangster? dia cakap aku jalan macam gangster, tangan masuk kat poket seluar. aku masuk dalam poket sebab sejuk. salah ke?. sebenarnya lebih baik aku face to face dengan dia dan warning dia. tapi lantaklah. dia pun dah nak blah, senang hati aku.

baru dua an? takpelah. kalo aku bagitau sampai besok pagi pun tak habis type. ingatlah, setiap patah perkataan ada maknanya tersendiri. sebelum berkata apa-apa fikirlah dulu perasaan orang tu nanti. memang la nampak orang tu macam buat tak kisah, tapi kerana satu perkataan boleh buat orang tu ingat sampai bila-bila. dan lebih teruk lagi orang tu akan merasa terlalu merendah diri dan tak dihormati. bukan ke kita sebagai manusia perlu hormat-menghormati?. wasalam...

PS : I'M NOT PERFECT.