Wednesday, August 14, 2013

your back

One of my friends ask me this question...which part of men body that u like? Betul ke ayat aku ni. Dalam BMnya, bahagian badan lelaki yang manakah yang awak suka?...common answer “aku suka tengok mata dia, aku suka tengok hidung dia”. Jawapan yang pelik “aku suka tengok lengan dia” hmm?..ada apa ye dekat lengan dia tu...maybe nampak la kot otot-otot yang sasa plus urat-urat yang menunjukkan dia kuat bekerja..but for me... aku suka tengok belakang badan seseorang lelaki tu..kenapa ya? Sukati aku la..haha.

Dulu aku pernah cakap aku suka tengok muka seseorang tu tapi sekarang muka aku dah tak pandang. Kalau handsome macam mana pun tapi perangai macam macam macam..ha macam macam la..buang masa je..sekarang aku nak bercerita...tadi intro je..can u imagine when you walk dekat mana-mana la,nak beli makan ke, keluar jalan-jalan ke, then orang-orang that walk in front you is a man..i mean a young man..

macam mana tau dia muda?

Tengoklah dia pakai baju style orang muda ke orang tua...

what if kalau lelaki tu sebenarnya dah tua tapi dia bergaya macam orang muda?

Entahlah..tengoklah rambut dia ada uban ke tak...

Kejap kejap kejap...stori aku belum habis lagi. Lelaki tu tinggi ( janganlah tinggi sangat ), rambut dia warna hitam, kulit dia putih ( u can see from his neck u know...make sure his hair tak panjang, so u know whether he has bright skin or dark skin. I prefer yellowish-bright skin ;P ). Belakang badan dia...jangan dilupakan..from his back..tak kurus sangat, tak gemuk sangat,nampak macam tough. Yang sedang-sedang aja. Tapi..tapi..korang tau ke muka dia macam mana? I feel like..no no no.. i think he is a mystery guy. Dalam hati dup dap dup dap nak tengok depan-depan dia macam mana orangnye..

Sampai di sini saja..semoga bersua kembali.


P.S : Selamat Haaaaaaaari Raaaaaayaaaaaaaa

Thursday, June 27, 2013

new life #2

sambungan...haha. aku suka bercerita lah. lagi-lagi bila aku tak puas hati. lagi syok aku bercerita. homesick wei homesick. haha. da besar panjang pun homesick lagi ke? ekh...mestilah. saya tak pernah dok kat luar tanpa parents saya lebih daripada 3 hari. baru-baru masa aku jejak kaki kat utm KL ni, aku sedih sangat. aku takde kawan. pastu mula la aku terkenang kawan sekolah..kawan baik. kat sini aku kena cari kawan baru. kawan aku pernah cakap nak cari kawan yang sangat baik memang susah. memang pun. buat kawan biasa boleh la. 2-3 hari jumpe da boleh jadi kawan.

mereka yang ada dekat sini + classmate sumenye lain. ada...dalam 15 hingga 20 orang daripada 42 orang yang mengalu-alukan aku jd satu classmate dengan diorang. cewah....ayat. macam VVVVVIP la plak. baru sekarang aku tau assignment tu apa. assigment ni ada yang kena wat dalam group, ada yang berkumpulan. nasib la kalau korang dapat group yang ok, x pilih kasih, memang takde masalah. tapi kalau dapat group yang pilih kasih dan menggunakan istilah "kau kau, aku aku", "kau buat kerja kau, aku dengan dia nak bincang sama2", memang aku tak berkenan la. memang la dia tak cakap macam tu. tapi sebagai manusia yang ada perasaan, aku dapat rasakan perangai orang tu macam mana. aku rasa macam orang bodoh. nak ketawa pun ada. hahaha. seriously aku dapt rasa ke'awkward'an. takde point kalau aku dok satu meja dengan dorang tapi dia wat hal dia je. da macam sesi mengadu la.... tetiba aku teringat kata-kata ni " kalau dekat sekolah kau dah jumpe perangai macam-macam, kat luar apatah lagi".

sempat jugak hujung minggu aku jalan2 at jalan TAR. aku boleh nampak orang baring kat tepi jalan, baring depan kedai yang belum buka. orang asing jangan cakaplah. ramai. lagipun ahad dorang mana kerja. ada jugak orang yang tak nampak pun kegilaannya. nampak cam orang normal. pakai baju cantik. kaki pun aku tengok takde lah berkaki ayam. pakai kasut jugak. tapi dia suka keluar masuk dekat restoran. sian manager restoran bawak makcik tu keluar. confirm banyak kerja and pening kepala. bukan makcik tu sorang je, ada juga pakcik yang masuk kat restoran tu. dia mintak air. mesti haus sebab asyik jalan-jalan tak tau nak pergi arah mana.

aku nak wat kesimpulan tapi masalahnya tak syok kalau aku buat kesimpulan sekarang. Sebab, aku nak stori-mori lebih banyak lagi. hehe. sesape yang sudi baca blog aku ni, terima kasih banyak2. mesti pening kepala korang aku asyik merapu.

                                                       
gambar je. tapi aku xdela sampai jadi macam ni hari-hari.

                                                                 

Monday, June 24, 2013

new life

hai....aku berada di bandar metropolitan and banyak habiskan duit. buat apa aku dekat sana...aku belajar der...aku ni hanya pelajar second intake so takde orientasi tu semua. hari ahad daftar, isnin aku da masuk kelas. mula-mula rasa malu and bengang pun ada sebab yang second intake untuk jurusan yang aku amik ni, aku sorang je. da la aq x kenal sesape. ramai g sains komputer, engineering punya course. 2-3 hari aku still rasa janggal lagi. da seminggu ni mula la aku tunjuk belang. haha. tunjuk belang aku yang sebenarnya. dalam kelas de 42 orang termasuk aku. nama dorang sume da nak dekat sama + muka dorang pun lebih kurang je.hehe. tapi best dpt bergaul dengan dorang. dengar loghat masing2. sampai aq pun da nak terikut-ikut. tapi yang paling menyampah kena buat assignment. baru 2 hari masuk da ada lebih kurang 3 assignment. ha, sampai sini je la..macam tergantung an ayat? nanti aku stori mori lagi...

                                                                               

                                                                   

Tuesday, May 21, 2013

trend


Hello hello hello. Haha...asal bunyi gembira semacam? Well, dengan ini saya memaklumkan bahawasanya saya sudah berhenti kerja. Yeahoo....haha. last keje rabu lepas, rasa sedih jugak la. Biasa la tu. Dah berapa bulan keja. Tapi takkan selama-lamanya aku nak bertapak dekat situ lalu tidak pergi berhijrah ke mana2? Lepas ni x nak cakap pasal kerja lagi, nak cakap pasal benda lain pulak.

Adakah anda semua mengikut trend? X kiralah trend pakaian, kasut, handphone dan dll. Kalau aku..hmm, ikut jugaklah especially baju and tudung. Sekarang ni dah banyak anak-anak gadis di luar sana memakai baju yg kembang dekat bawah mcm dress/gown. Mula-mula aku tengok baju tu, asal singkat semacam? Bajunya tergantung. So, pada aku memang x lawa sebab tergantung and org pakai dgn skirt. Sampai 1 hari tu, akak aku tunjuk baju tersebut (peplum). Ok, baju tersebut sangat comel sampai dpt mengalahkan aku. Bawah siap ada renda2. Labuh pun labuh. X tergantung. Tapi kualiti kainnya agak tebal la. Sesuai jalan malam or ada dinner dgn sesape. Tgh hari buta jgnlah pakai, memang panas (aku ni puteri lilin, so bila panas aku rasa x selesa, hehehe).
                                                           
baju ihsan daripada kakakku

Kalau tudung pulak, aku suka tudung bawal yang biasa je, plain, xde batu2, diamond2, corak2. Pergi konvo aritu, kebetulan ada jual tudung macam tu, of course aku x lepaskan peluang untuk membelinya, lagipun murah der...RM5 sehelai. Baru-baru ni jugak, org sekarang pakai shawl/tudung yang ada corak2 geometri, pebenda entah namanye, aku x tau. Tengok org pakai shawl corak2 tu, lawa. Tapi aku x reti sangat pakai shawl ni. Nasib baik ada jual yang tudung bawal punye. Aku pun beli, hehe, menghabiskan duit je.

Kalau handphone...hmmm, x sangat. Tapi asal org cina suka tukar2 handphone r. Sekolah belum habis dah guna handphone yg besar2. Aku still setia dgn handphone lama aku tu. Dah banyak kali ia cuba meloloskan diri dari genggaman aku ( padahal tuannya yg cuai letak entah mana2, nasib baik x hilang =_=’ ). Nanti-nanti aku tukar, dah rosak, kamera tak berfungsi, bunyi dah tak kuat, asyik hang je, baru aku tukar yang baru.

P.S : jangan membazir 

Monday, April 29, 2013

aku adalah aku


assalamualaikum....hai. wa, tak lama lagi dah nak berhenti kerja. syoknye... sebenarnya aku dah bosan nak kerja. nak kena ngadap customer hari-hari pastu perangai entah pape. aku tak cakap semua customer macam tu, mana yang ok memang takde hal la. yang banyak cekadak tu memang la....sabar je hati ni. tipu la kalo aku cakap aku ni seorang juruwang yang berhemah, baik dan sbgnye. sampai ada satu tahap tu aku lawan gaduh dengan customer. sebab apa....sebabnye....bila dia tanya aku barang ni ada offer ke x, then bila scan barang tersebut takde offer, ekh dia cakap aku bohong dia. sampai la terkeluar satu ayat yang sangat buruk dari mulut customer tu sendiri. aku dalam hati "kenapa sampai nak cakap aku macam tu?". resit dah keluar baru dia perasan yang barang tu memang takde offer. kalo semua barang nak offer, sikit-sikit offer, aku nasihatkan tak payah beli. menyusahkan.

well, dah nak berhenti ni mesti ada surat resign kan?. sebenarnya banyak sebab kenapa aku resign tapi aku malas nak kecoh-kecoh. sebab yang aku bagi ialah "ingin membuat persiapan untuk menyambung pelajaran". nak tau tak sebab lain?. haha k....walaupun aku tau tak ramai yang baca blog aku ni, biarlah aku membebel. selain itu, sebab saya resign ialah gaji yang sedikit. aku tau, aku cuma budak part-time je, balik kol 6 petang. yang buat full-time gaji lebih kurang macam aku. aku ni sorang-sorang so memang cukuplah. yang ada keluarga tu, memang tak cukup. macam-macam nak kena bayar.

tambahan lagi, aku dah bosan orang asyik panggil aku gangster. kalo sorang, aku boleh tahan lagi, tapi kalo dah 2, 3, 4 orang panggil aku macam tu ingat boleh tahan ke? aku ada nama k. nak jugak panggil aku gangster. bila aku tanya kenapa panggil aku gangster? dia cakap aku jalan macam gangster, tangan masuk kat poket seluar. aku masuk dalam poket sebab sejuk. salah ke?. sebenarnya lebih baik aku face to face dengan dia dan warning dia. tapi lantaklah. dia pun dah nak blah, senang hati aku.

baru dua an? takpelah. kalo aku bagitau sampai besok pagi pun tak habis type. ingatlah, setiap patah perkataan ada maknanya tersendiri. sebelum berkata apa-apa fikirlah dulu perasaan orang tu nanti. memang la nampak orang tu macam buat tak kisah, tapi kerana satu perkataan boleh buat orang tu ingat sampai bila-bila. dan lebih teruk lagi orang tu akan merasa terlalu merendah diri dan tak dihormati. bukan ke kita sebagai manusia perlu hormat-menghormati?. wasalam...

PS : I'M NOT PERFECT.


Wednesday, March 27, 2013

falling


assalamualaikum... sihat? alhamdulillah kalau sihat. yang mana tak berapa sihat tu, jaga diri baik-baik. sekarang ni cuaca tak menentu. kejap panas kejap hujan. result SPM da keluar. macam mana ok tak?. aku harap result yang korang dapat tu sama lumayan dengan usaha yang korang da wat sepanjang form 1 hingga form 5. result aku tidak la berapa baik dan tidak berapa teruk. hehe. gurau je.. tapi aku masih bersyukur sebab dapat result yang ok dan dapat memuaskan hati mak ayah aku. yang mana dapat straight A tu, tahniah la aku ucapkan especially kepada kwn aku, Bo. dalam kelas memang aku da nampak usaha dia. x pandai takpe. yang penting rajin. ok...cukup la cakap pasal result. moh kito cakap bendo lain...

apa perasaan anda bila menanti buah yang x akan gugur?. memang kerja bodoh la kan menanti buah yang x akan gugur. lain la buah durian..buah tu gugur dengan sendirinya. buah yang dok melekat dekat pokok tu, x semesti isinya ok, dan berkualiti. ada jugak yang dah busuk, yang da berlubang. sekarang ni aku nak korang pikir dan cuba translate kan perumpaan tersebut dalam kehidupan manusia. kepada sesiapa yang memang x paham apa yang aku cuba sampaikan, korang buat bodoh je. sebenarnye...aku jenis yang suka tunggu. aku tunggu je even aku da tau aku x akan dapat. macam orang bodoh jugak la aku ni. hehehehe.. tunggu tunggu dan tunggu. kadang-kadang penat jugak. ada satu waktu tu, aku rasa macam nak sembunyikan diri, nak masuk dalam ingatan seseorang tu dan cuba untuk hilangkan ingatan dia supaya dia x kenal siapa aku. tapi itu semua bukan kuasa aku. hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa. so, aku hanya redha apa yang berlaku sebab akan ada yang terbaik untuk diri ini.

Thursday, February 7, 2013

glad

Assalamualaikum semuanya. dari sehari ke sehari aku nak update blog aku ni, tapi asyik bertangguh je. Alhamdulillah, dah sebulan aku kerja. bertahan juga aku kerja dekat situ walaupun kadang-kadang rasa nak berhenti. bila on fb aku suka kacau kawan-kawan aku yg tengah online. nasib baik dorang reply. kalau tak aku nak merajuklah, menghilangkan diri biar dorang tak dapat cari aku. hehehehe. ada sorang kawan tanya aku "where have u been?". aku jawab "i'm still on earth". kalau aku kat planet lain, aku still boleh berhubung dgn kawan-kawan aku. dunia makin canggih ma..mudah, semuanya terletak di hujung jari. (kenapa ayat BM aku macam dah bertabur? kena pergi sekolah balik. minta tunjuk ajar Cikgu Suliah XD).

aku tau korang semua ada kawan-kawan lelaki. confirm korang pernah hang out sama-sama. sejak aku kerja ni, aku bergaul dengan banyak orang. yelah, dah satu tempat kerja, tak kan bila nampak lelaki aku tak tegur. lagipun kami sebaya. ada mamat india ni aku memang kenal dia. dulu naik satu bas sekolah. dulu lain. sekarang sangat lain. memang gila orangnya. asyik buat lawak bodoh. walaupun lawak bodoh, aku tetap ketawa. ada mamat melayu juga. kadang-kadang aku malas nak dengar dia cakap, dia suka merapu. dia pelat. pelat S. sampai aku pun terikut-ikut nak pelat S. nasib baik aku dapat kawal. budak dua orang ni, selalu jalan sama-sama, dah macam kembar aku tengok. kawan aku si india ni suka cakap lepas. bila orang marah, tau pulak dia nak buat muka comel. eeeeiii, menyampah aku tengok. muka macam minta kasut. tak lupa juga ada mamat cina. wa, sangat handsome ma. comel dan tinggi. dia ni blur. kalau nak cakap dengan dia kena cakap satu-satu dengan nada yang kuat. kalau tak nanti dia blur. bila dah blur, apa yang dia tau buat hanyalah ketawa. seriusly, bila dengar dia ketawa, aku nak ketawa balik. ketawa dia unik.

tapi tu lah kerenah. gelagat manusia pelbagai. ada yang boleh dilihat, ada yang tak boleh dilihat. korang siasat lah sedalam manapun, tapi orang tu tetap sembunyikan. bila jumpa orang macam ni, aku nasihatkan, korang tak payah layan. lagi korang siasat kenapa dia bertindak macam tu (diamkan diri, tak bertegur, muka masam, bila tanya dia palingkan muka), korang akan sakit hati. buang masa. orang yang professional, dia akan berterus-terang. dia takkan diamkan. aku tak kisah kalau ada yang nak marah-marah aku. at least aku tau, sebab apa dia tak nak tegur. so, kesimpulannya...cari kawan betul-betul. wa, tetiba rasa rindu nak hang out dengan girlfriends aku. apalah yang dorang buat sekarang ni. sampai di sini sahaja..wasalam..