Thursday, June 27, 2013

new life #2

sambungan...haha. aku suka bercerita lah. lagi-lagi bila aku tak puas hati. lagi syok aku bercerita. homesick wei homesick. haha. da besar panjang pun homesick lagi ke? ekh...mestilah. saya tak pernah dok kat luar tanpa parents saya lebih daripada 3 hari. baru-baru masa aku jejak kaki kat utm KL ni, aku sedih sangat. aku takde kawan. pastu mula la aku terkenang kawan sekolah..kawan baik. kat sini aku kena cari kawan baru. kawan aku pernah cakap nak cari kawan yang sangat baik memang susah. memang pun. buat kawan biasa boleh la. 2-3 hari jumpe da boleh jadi kawan.

mereka yang ada dekat sini + classmate sumenye lain. ada...dalam 15 hingga 20 orang daripada 42 orang yang mengalu-alukan aku jd satu classmate dengan diorang. cewah....ayat. macam VVVVVIP la plak. baru sekarang aku tau assignment tu apa. assigment ni ada yang kena wat dalam group, ada yang berkumpulan. nasib la kalau korang dapat group yang ok, x pilih kasih, memang takde masalah. tapi kalau dapat group yang pilih kasih dan menggunakan istilah "kau kau, aku aku", "kau buat kerja kau, aku dengan dia nak bincang sama2", memang aku tak berkenan la. memang la dia tak cakap macam tu. tapi sebagai manusia yang ada perasaan, aku dapat rasakan perangai orang tu macam mana. aku rasa macam orang bodoh. nak ketawa pun ada. hahaha. seriously aku dapt rasa ke'awkward'an. takde point kalau aku dok satu meja dengan dorang tapi dia wat hal dia je. da macam sesi mengadu la.... tetiba aku teringat kata-kata ni " kalau dekat sekolah kau dah jumpe perangai macam-macam, kat luar apatah lagi".

sempat jugak hujung minggu aku jalan2 at jalan TAR. aku boleh nampak orang baring kat tepi jalan, baring depan kedai yang belum buka. orang asing jangan cakaplah. ramai. lagipun ahad dorang mana kerja. ada jugak orang yang tak nampak pun kegilaannya. nampak cam orang normal. pakai baju cantik. kaki pun aku tengok takde lah berkaki ayam. pakai kasut jugak. tapi dia suka keluar masuk dekat restoran. sian manager restoran bawak makcik tu keluar. confirm banyak kerja and pening kepala. bukan makcik tu sorang je, ada juga pakcik yang masuk kat restoran tu. dia mintak air. mesti haus sebab asyik jalan-jalan tak tau nak pergi arah mana.

aku nak wat kesimpulan tapi masalahnya tak syok kalau aku buat kesimpulan sekarang. Sebab, aku nak stori-mori lebih banyak lagi. hehe. sesape yang sudi baca blog aku ni, terima kasih banyak2. mesti pening kepala korang aku asyik merapu.

                                                       
gambar je. tapi aku xdela sampai jadi macam ni hari-hari.

                                                                 

Monday, June 24, 2013

new life

hai....aku berada di bandar metropolitan and banyak habiskan duit. buat apa aku dekat sana...aku belajar der...aku ni hanya pelajar second intake so takde orientasi tu semua. hari ahad daftar, isnin aku da masuk kelas. mula-mula rasa malu and bengang pun ada sebab yang second intake untuk jurusan yang aku amik ni, aku sorang je. da la aq x kenal sesape. ramai g sains komputer, engineering punya course. 2-3 hari aku still rasa janggal lagi. da seminggu ni mula la aku tunjuk belang. haha. tunjuk belang aku yang sebenarnya. dalam kelas de 42 orang termasuk aku. nama dorang sume da nak dekat sama + muka dorang pun lebih kurang je.hehe. tapi best dpt bergaul dengan dorang. dengar loghat masing2. sampai aq pun da nak terikut-ikut. tapi yang paling menyampah kena buat assignment. baru 2 hari masuk da ada lebih kurang 3 assignment. ha, sampai sini je la..macam tergantung an ayat? nanti aku stori mori lagi...