Thursday, February 7, 2013

glad

Assalamualaikum semuanya. dari sehari ke sehari aku nak update blog aku ni, tapi asyik bertangguh je. Alhamdulillah, dah sebulan aku kerja. bertahan juga aku kerja dekat situ walaupun kadang-kadang rasa nak berhenti. bila on fb aku suka kacau kawan-kawan aku yg tengah online. nasib baik dorang reply. kalau tak aku nak merajuklah, menghilangkan diri biar dorang tak dapat cari aku. hehehehe. ada sorang kawan tanya aku "where have u been?". aku jawab "i'm still on earth". kalau aku kat planet lain, aku still boleh berhubung dgn kawan-kawan aku. dunia makin canggih ma..mudah, semuanya terletak di hujung jari. (kenapa ayat BM aku macam dah bertabur? kena pergi sekolah balik. minta tunjuk ajar Cikgu Suliah XD).

aku tau korang semua ada kawan-kawan lelaki. confirm korang pernah hang out sama-sama. sejak aku kerja ni, aku bergaul dengan banyak orang. yelah, dah satu tempat kerja, tak kan bila nampak lelaki aku tak tegur. lagipun kami sebaya. ada mamat india ni aku memang kenal dia. dulu naik satu bas sekolah. dulu lain. sekarang sangat lain. memang gila orangnya. asyik buat lawak bodoh. walaupun lawak bodoh, aku tetap ketawa. ada mamat melayu juga. kadang-kadang aku malas nak dengar dia cakap, dia suka merapu. dia pelat. pelat S. sampai aku pun terikut-ikut nak pelat S. nasib baik aku dapat kawal. budak dua orang ni, selalu jalan sama-sama, dah macam kembar aku tengok. kawan aku si india ni suka cakap lepas. bila orang marah, tau pulak dia nak buat muka comel. eeeeiii, menyampah aku tengok. muka macam minta kasut. tak lupa juga ada mamat cina. wa, sangat handsome ma. comel dan tinggi. dia ni blur. kalau nak cakap dengan dia kena cakap satu-satu dengan nada yang kuat. kalau tak nanti dia blur. bila dah blur, apa yang dia tau buat hanyalah ketawa. seriusly, bila dengar dia ketawa, aku nak ketawa balik. ketawa dia unik.

tapi tu lah kerenah. gelagat manusia pelbagai. ada yang boleh dilihat, ada yang tak boleh dilihat. korang siasat lah sedalam manapun, tapi orang tu tetap sembunyikan. bila jumpa orang macam ni, aku nasihatkan, korang tak payah layan. lagi korang siasat kenapa dia bertindak macam tu (diamkan diri, tak bertegur, muka masam, bila tanya dia palingkan muka), korang akan sakit hati. buang masa. orang yang professional, dia akan berterus-terang. dia takkan diamkan. aku tak kisah kalau ada yang nak marah-marah aku. at least aku tau, sebab apa dia tak nak tegur. so, kesimpulannya...cari kawan betul-betul. wa, tetiba rasa rindu nak hang out dengan girlfriends aku. apalah yang dorang buat sekarang ni. sampai di sini sahaja..wasalam..

No comments:

Post a Comment