Sunday, December 23, 2012
here we go
finally, siap jugak slideshow. kali ni punya slideshow tak lama macam yang dulu punya. nanti penat korang nak tengok. hehehe...
pertama sekali, aku nak mintak maaf kalau lagu untuk slideshow ni tak berapa sesuai. aku main letak je. harap korang tak kisahlah ye..
yang kedua, aku nak mintak maaf jugak kalau gambar-gambar yang aku masukkan tak berapa sesuai dan ada diantara gambar-gambar tu korang tak berapa suka. tapi aku suka. hehehe...
kepada teman-temanku yang berkenaan, harap anda terhibur. kalau ada kekurangan, jangan segan-segan nak beritahu aku, supaya aku dapat perbaiki dan dapat hasilkan sesuatu yang lebih baik
Sunday, December 16, 2012
sejuk
Assalamualaikum... sejuknya. sejuk sangat. rasa macam dok dekat oversea pun ada. aku dan angan-angan. tak sudah-sudah. sampai bila-bila pun tak habis berangan. insyaAllah, kalau ada rezeki dan panjang umur, aku akan pergi melancong dekat oversea. tengok keindahan, permandangan yang cantik. tapi, aku pasti rumah Allah lagi indah kalau nak dibandingkan dengan tempat-tempat lain.
bila petang je hujan, bila hujan je petang. tapi ada satu hari tu start hujan time tengah hari gitu, berlarutan sampai ke petang then sampai ke malam. esok pagi pun still hujan. wah, syoknye...... mata ni berat sangat. asyik nak tido je. (cepat-cepatlah dapat kerja, aku dah tak tahan dok umah). bila hari-hari sejuk macam ni, aku terfikir macam-macam benda. aku nak makan makanan yang panas, contohnya sup. tak kisahlah apa-apa jenis sup pun. yang penting P A N A S. rasa hangat gitu. lepas tu, rasa macam nak buat unggun api depan rumah pun ada. cari beberapa batang kayu, nyalakan mancis (takde mancis pun takpe, guna cara tradisional), letak mancis yang dah dinyalakan ke beberapa batang kayu yang telah disusun seperti bukit, unggun api menyala, letak kedua-dua tapak tangan di hadapan unggun api (jangan letak dalam unggun api ye, melecur tangan jangan salahkan aku), gosok kedua-dua tapak tangan supaya ada friction sekaligus menghasilkan haba, dah sampai masa untuk makan, ambil ikan yang dibeli oleh mak dalam fridge, cucuk ikan dengan batang kayu , bakar dekat unggun api lepastu makan. nyum nyum nyum. tapi aku selalu tengok cerita orang putih dorang bakar marshmallow. hah..boleh lah. senang cakap, segala jenis makanan yang boleh dibakar. mak selalu pesan, kalau hari sejuk a.k.a hari hujan, jangan buka kipas. pasang ubat nyamuk je. tapi aku buka kipas jugak. cuma volumenya aku rendahkan sikit. so, takdelah besok pagi aku keras kejung nak bangun tido sebab sejuk sangat.
![]() |
| mushroom soup. sedap tapi masin. hehe |
Thursday, December 6, 2012
d r e a m
konichiwa...do you have fun? how about me? have fun? no...no... hari saya dipenuhi dengan jadual yang tak pernah tetap. hari ni buat tu. esok buat yang ni pulak. today I would like to talk about dream. dream = mimpi. bukan impian ya. harap maklum. masih terlalu awal untuk bercakap pasal impian. semua orang pernah mimpi kan? mimpi gigi patah, mimpi ada orang ramai, mimpi orang yang kita minat, mimpi jatuh dari bangunan tinggi, mimpi kena patuk ular, dan yang sewaktu dengannya. dan lagi satu, mimpi tak pernah masuk akal. kadang-kadang aku tersenyum sendiri, nak ketawa pun ada bila ingat balik mimpi aku or mimpi kawan-kawan aku yang tak logik tu. setiap mimpi ada cerita dan maksudnya yang tersendiri. ada jugak setiap kali korang tidur, korang tak mimpi apa-apa. korang nampak warna hitam je. pernah tak korang mimpi, mimpi korang tu sampai ke ending? lain maksud, mimpi yang ada penghujung. cerita lengkap. tak skip-skip? ada tak? kalau aku, memang takde ler.. lagi sakit hati bila dah mimpi yang syok2, yg best2, tetiba terbangun. bila dah terbangun, konon nak tidur balik, lepastu harap dapat sambung balik mimpi. takdenye mimpi tu datang balik. dah melayang kat mana-mana. kalau korang ada mimpi yang 'lengkap', bagitau aku. story kat aku. hehe...
aku mimpi dia. orangnya sama. tak berubah. disebabkan aku sentiasa nampak dia pakai baju warna hitam, dalam mimpi aku tu pun dia pakai baju warna hitam. dia tak jauh daripada pandangan mata aku. aku angkat mata sikit, aku dah nampak dia. dia tengah berbual dengan orang lain. aku nak datang dekat. nak tegur dia. tapi tak boleh. aku cuba jugak nak dekat dengan dia. tapi dia makin menjauh. selangkah aku berjalan menghampirinya, selangkah dia menjauhi dirinya daripada aku. kalau boleh, nak je aku angkat tangan aku ni, pastu tepis belakang dia. tapi tak boleh. so, aku dapat rasakan yang dia tak nak aku datang dalam hidup dia. dia suruh aku pergi. lupakan dia. hmm... secara kebetulan, aku pun memang tengah cuba nak lupakan dia. pada aku, dah takde guna kalau kita masih ingatkan seseorang tu, tapi orang tu tak pernah ingat kita. buang masa cik kak oi. sememangnya, aku dah happy dengan kehidupan aku sekarang. aku masih ada kawan-kawan yang boleh menceriakan aku. dan Allah. Allah sentiasa menemani aku dan kita semua tak kira di mana sahaja kita berada.
Sunday, December 2, 2012
edito...
nak tau tak aku tengah buat apa? tengah blogging la. buat apa lagi. sekarang ni dekat kampung. 1/12 - 5/12. lama tak? lek luuu. hujung tahun balik kampung lagi pastu baru pergi jalan-jalan. next month baru cari kerja. huhuhaha. ok, dah macam bunyi beruk je. aku rasa aman sangat kalau balik kampung. nak tau sebab apa? sebabnya aku dapat larikan 'telinga' aku daripada mendengar bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya. dekat kampung ni pun ada jugak bunyi kenderaan, tapi bila malam dah senyap. kalau kat bandar, siang dan malam pun dah tak dapat nak bezakan. mengganggu jiran. ketenteraman. rasa cam nak tepon polis pun ada. tapi sapelah aku nak tepon polis. aku hanya budak kecik. nanti polis tak percaya. aigoo.. >_<. aku nak tido pun tak boleh. kalau membebel pasal benda ni, sampai esok pagi pun tak habis. sudah..sudah..cukup. aku nak cakap benda lain pulak.
sejak kebelakangan ni, aku suka sangat edit gambar. kat Google Chrome ni, macam-macam benda ada. tinggal nak add dan gunakan. bila-bila masa kalau online, boleh buka. bukannya gambar yang 'ori' tu tak lawa, cuma tak berapa lawa je. lagipun aku suka godeh-godeh gambar tu biar jadi lawa. hasilnya amat memuaskan. aku pakai enset murah. so, kualiti gambar tak berapa bagus. bukan ke kita nak bagi orang tengok gambar tu? orang suka tengok benda yang lawa (gambar). baru-baru ni, aku jumpa new application untuk edit gambar. hoho, memang syok la. lagi banyak la nampaknya gambar yang aku ambik. here, some pictures yg aku dah edit. masih tahap mencuba. belum pro lagi. ceh, bunyinye macam professional photographer. mana la tau, kalau satu hari nanti aku jadi pakar meng'edit' gambar? who knows? hehe. just joking.
sejak kebelakangan ni, aku suka sangat edit gambar. kat Google Chrome ni, macam-macam benda ada. tinggal nak add dan gunakan. bila-bila masa kalau online, boleh buka. bukannya gambar yang 'ori' tu tak lawa, cuma tak berapa lawa je. lagipun aku suka godeh-godeh gambar tu biar jadi lawa. hasilnya amat memuaskan. aku pakai enset murah. so, kualiti gambar tak berapa bagus. bukan ke kita nak bagi orang tengok gambar tu? orang suka tengok benda yang lawa (gambar). baru-baru ni, aku jumpa new application untuk edit gambar. hoho, memang syok la. lagi banyak la nampaknya gambar yang aku ambik. here, some pictures yg aku dah edit. masih tahap mencuba. belum pro lagi. ceh, bunyinye macam professional photographer. mana la tau, kalau satu hari nanti aku jadi pakar meng'edit' gambar? who knows? hehe. just joking.
Subscribe to:
Comments (Atom)


