Thursday, December 6, 2012

d r e a m


konichiwa...do you have fun? how about me? have fun? no...no... hari saya dipenuhi dengan jadual yang tak pernah tetap. hari ni buat tu. esok buat yang ni pulak. today I would like to talk about dream. dream = mimpi. bukan impian ya. harap maklum. masih terlalu awal untuk bercakap pasal impian. semua orang pernah mimpi kan? mimpi gigi patah, mimpi ada orang ramai, mimpi orang yang kita minat, mimpi jatuh dari bangunan tinggi, mimpi kena patuk ular, dan yang sewaktu dengannya. dan lagi satu, mimpi tak pernah masuk akal. kadang-kadang aku tersenyum sendiri, nak ketawa pun ada bila ingat balik mimpi aku or mimpi kawan-kawan aku yang tak logik tu. setiap mimpi ada cerita dan maksudnya yang tersendiri. ada jugak setiap kali korang tidur, korang tak mimpi apa-apa. korang nampak warna hitam je. pernah tak korang mimpi, mimpi korang tu sampai ke ending? lain maksud, mimpi yang ada penghujung. cerita lengkap. tak skip-skip? ada tak? kalau aku, memang takde ler.. lagi sakit hati bila dah mimpi yang syok2, yg best2, tetiba terbangun. bila dah terbangun, konon nak tidur balik, lepastu harap dapat sambung balik mimpi. takdenye mimpi tu datang balik. dah melayang kat mana-mana. kalau korang ada mimpi yang 'lengkap', bagitau aku. story kat aku. hehe...

aku mimpi dia. orangnya sama. tak berubah. disebabkan aku sentiasa nampak dia pakai baju warna hitam, dalam mimpi aku tu pun dia pakai baju warna hitam. dia tak jauh daripada pandangan mata aku. aku angkat mata sikit, aku dah nampak dia. dia tengah berbual dengan orang lain. aku nak datang dekat. nak tegur dia. tapi tak boleh. aku cuba jugak nak dekat dengan dia. tapi dia makin menjauh. selangkah aku berjalan menghampirinya, selangkah dia menjauhi dirinya daripada aku. kalau boleh, nak je aku angkat tangan aku ni, pastu tepis belakang dia. tapi tak boleh. so, aku dapat rasakan yang dia tak nak aku datang dalam hidup dia. dia suruh aku pergi. lupakan dia. hmm... secara kebetulan, aku pun memang tengah cuba nak lupakan dia. pada aku, dah takde guna kalau kita masih ingatkan seseorang tu, tapi orang tu tak pernah ingat kita. buang masa cik kak oi. sememangnya, aku dah happy dengan kehidupan aku sekarang. aku masih ada kawan-kawan yang boleh menceriakan aku. dan Allah. Allah sentiasa menemani aku dan kita semua tak kira di mana sahaja kita berada.

No comments:

Post a Comment